INdustry based software engineering

industry based software engineering

Industry based Software Engineering adalah program selama dua – tiga tahun sesuai untuk lepasan SPM yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Software Engineering.

Pembelajaran program Industry Based Software Engineering kami berasaskan pembinaan projek, dibina dari pembina-pembina kurikulum yang mempunyai pengalaman industri dan juga pengalaman di universiti.

industry based software engineering

Kurikulum berasaskan projek, industri dan akademik

Kurikulum Industry Based Software Engineering dibina berasaskan projek, sepanjang tempoh dua tahun pembelajaran pelajar akan membina portfolio dan projek , lebih dari 10 projek setahun, lebih dari 20 projek sepanjang pembelajaran.

Pelajar juga akan mengambil peperiksaan certification yang bertaraf antarabangsa dari Google dan Amazon, untuk meningkatkan kadar kebolehpasaran

Di akhir pembelajaran, bakal graduan akan membina projek akhir tahun dan mempersembahkan projek yang dibina kepada bakal-bakal majikan melalui program demo day.

Apa itu Tasik (The Lake)?

Tasik adalah sesi pembelajaran intensif selama sebulan di mana pelajar akan menyelesaikan masalah pengaturcaraan yang dibina sendiri oleh pembina kurikulum kami.

Tasik akan menguji dayatahan pelajar-pelajar, kerjasama antara pelajar, kebolehan mencari sumber dan maklumat dan kemahiran menyelesaikan masalah.

Program tasik berlansung selama sebulan setiap tahun merangkumi topik-topik berikut:

Program tahun pertama

Frontend Programming

Program orientasi, pembelajaran intensif dan pengukuhan tahun pertama.

Pelajar mempelajari asas pembinaan laman web (HTML, CSS dan Javascript) dan juga Framework dan Library terkini yang digunakan untuk memudahkan pembinaan Frontend sesebuah laman web (Bootstrap & TailwindCSS)

Pelajar pelajari cara membina laman web yang berasaskan pangkalan data, menggunakan framework terkini , seperti Laravel, Django atau MEAN stack. Pelajar akan didedahkan dengan struktur web berasaskan transaksi , seperti laman web ‘booking‘.

Pelajar akan terlibat dengan fasa pembinaan sesebuah projek web dan aplikasi dari fasa mendapatkan keperluan sistem , pembinaan, ujian dan deployment .  Pelajar akan didedahkan dengan teknik pengurusan projek yang digunapakai di industri, sepert Scrum.

Pelajar akan mempelajari teknik pembinaan aplikasi mobil secara menyeluruh dari pembinaan UI, menguruskan maklumat (local) dan (remote) serta penggunaan fitur telefon di dalam aplikasi.

Pelajar akan akhiri tahun pertama dengan mengambil peperiksaan pusat dan juga peperiksaan Web atau Mobile dari badan yang diiktiraf dunia, seperti Google.

Program tahun kedua

Backend Programming

Program orientasi, pembelajaran intensif dan pengukuhan tahun kedua.

Pembinaan pangkalan data relational dan non relational. Pelajari cara membina pangkalan data relational dan non relational , fahami senario berbeza untuk kedua-dua jenis pangkalan data dan pengurusan server pangkalan data

Memahami konsep backend dan pelajari cara pembinaan backend yang boleh dipakai dari aplikasi mobil atau website. Pelajar akan memahami cara integrasi dari 3rd party provider contoh untuk pengurusan transaksi.

Pelajar akan merangkumi pembelajaran statistik, asas data sains, analiks dan menambah baik sistem sedia ada supaya membunyai kebijaksanaan (Asas Machine Learning)

Pelajar akan mempelajari pengurusan server secara cloud dari aspek pengurusan server asas (monolith), pengurusan tanpa server (serverless) dan Continuos Integration dan Continuous Deployment menggunakan teknologi cloud. Teknologi dipilih adalah Amazon Web Service yang diguna pakai oleh kebanyakan syarikat utama di Malaysia.

Pelajar akan menjalani kelas latih-tubi dan persediaan untuk mengambil peperiksaan AWS Cloud Practitoner untuk menambah kebolehpasaran. 

Teknologi yang bakal dipelajari

RUTIN PERANTIS

untuk pengambilan intake September 2021

Program aprenti di Moose Academy akan dilaksanakan dengan konsep 70% Projek dan 30% Pembelajaran. Kelas akan berlaku di Industri dan Pusat Pembelajaran sepenuh masa selama dua tahun

Program ini sesuai untuk :

  • Lepasan SPM ( Aliran Sains Komputer ) 
  • Lepasan SPM dan STPM ( Perlu mengambil Kursus Induksi selama sebulan sebelum program bermula)

9 am - 10 am

Briefing " Daily Code Challenge "

10 am - 1 pm

Kelas bersama Master Trainer / Engineer
Sharing Session
Project Building

2 pm - 5 pm

Project Building

5 pm - 6 pm

Kemas kini LMS
Semakan dan Selesai "Daily Code Challenge"

Harga dan kaedah bayaran

Durasi : 2 tahun sepenuh masa.

Jadual : 9am – 6pm.

Tarikh : 1 September 2021

Kaedah Bayaran

Income Sharing Agreement (ISA)

Bayaran pendahuluan RM3000 (Yuran komitmen). Potongan gaji sebanyak 15 peratus dari gaji selama 60 bulan selepas mendapat kerja.

Biasiswa Syarikat

Biasiswa dari syarikat. Perantis perlu mencari syarikat yang ingin membiaya pelajaran anda tetapi perlu bekerja dengan syarikat selepas program tamat.

Bayaran penuh

Bayaran RM3000 pendahuluan (Yuran komitmen) dan bayaran setiap semester.

HUBUNGI KAMI UNTUK MAKLUMAN LANJUT TENTANG KURSUS KAMI

  • Pemahaman lebih lanjut haluan karir anda
  • Periksa syarat kelayakan anda
  • Dapatkan akses eksklusif bengkel dan kelas kami
×

Hello!

Pilih wakil kami dibawah untuk berbual melalui Whatsapp atau email kami di [email protected]
× Boleh kami bantu anda?