mobile app programming (Ionic) training
pembangunan mobil (ionic) - HRDF Claimable
Mobile Application (Ionic) & Backend Development (Laravel) adalah kursus untuk menghasilkan aplikasi mudah alih menggunakan teknologi terkini (Ionic), salah satu contoh yang digunakan di pasaran terutamanya di dalam sektor kerajaan.
Kursus akan dijalankan secara berasaskan projek di mana pelatih-pelatih akan diberikan projek untuk dibina supaya dapat membina portfolio supaya lebih dekat dengan senario di tempat kerja.

Penjelasan tentang Program : Ionic
Ionic adalah teknologi pembangunan aplikasi mobil yang diperkenalkan oleh Drifty. Ia membolehkan para pembangun dan syarikat melakukan pembangunan aplikasi mobil secara “Crossplatform” di mana aplikasi dapat dibangunkan untuk iOS dan Android merupakan satu kod sahaja, dan mudah untuk dipelajari untuk permulaan.
Laravel adalah teknologi pembangunan web dan sistem yang digunapakai oleh kebanyakan syarikat di Malaysia dan di dunia. Dengan menggunakan Laravel, pembangun dan syarikat dapat membangunkan backend untuk menyimpan data-data berkenaan dengan laman web.
Objektif pembelajaran
Di akhir pempelajaran, para pelatih dapat mempelajari dan menguasai kemahiran membina aplikasi mudah alih (mobil) yang mempunyai permintaan yang tinggi menggunakan teknologi terbaru (Ionic).
Kursus dilakukan secara konsep membina portfolio dan projek bagi mewujudkan peluang pekerjaan supaya lebih relevan dengan suasana di tempat kerja, atau boleh diterima di pasaran kerja terbuka, atau membina bisnes (freelance)
Kandungan Kursus
Pembangunan Aplikasi Mobile nenggunakan Ionic
Pengenalan kepada Ionic, kelebihan Natif berbanding Hybrid dan penyediaan IDE dan emulator.
Pengenalan kepada bahasa pengartucaraan Angular, asas-asas bahasa Angular, struktur data dan Pembangunan Berasaskan Objek.
Mengenal elemen elemen pembinaan aplikasi Ionic, element untuk posisi, elemen interaktif dan stail menggunakan XML dan Kotlin.
Memahami strategi navigasi sesebuah aplikasi seperti Tab, Navigation Drawer dan Menu.
Pembinaan API (Application Programming Interface) menggunakan Laravel, membina struktur pangkalan data (database) dan penyediaan API .
Membina fungsi berhubung dengan pangkalan data (API) menggunakan http. Menjalankan operasi CRUD (Create, Read, Update, Delete) menggunakan fungsi API.
Pembinaan aplikasi yang dihubungkan dengan fitur-fitur di dalam telefon seperti Map, Geolocation, kamera, In app browser dan sebagainya,
Membina aplikasi berasaskan pangkalan data Firebase, memahami fungsi Firebase Database dan Firebase Authentication, membina aplikasi mudah menggunakan Firebase.
Memahami mengenai penerbitan aplikasi di App Store dan Google Play, proses pembinaan akaun penerbit dan muat naik aplikasi ke Google Play.
HUBUNGI KAMI UNTUK MAKLUMAN LANJUT TENTANG KURSUS KAMI
- Pemahaman lebih lanjut haluan karir anda
- Periksa syarat kelayakan anda
- Dapatkan akses eksklusif bengkel dan kelas kami