android native programming training (Kotlin)

android native (Kotlin) - HRDF Claimable

Mobile Application (Android Native) & Backend Development (Laravel) adalah kursus untuk menghasilkan aplikasi mudah alih menggunakan teknologi terkini (Android Native) dan bahasa pengaturcaraan Kotlin, salah satu contoh yang diperlukan di pasaran.

Kursus akan dijalankan secara berasaskan projek di mana pelatih-pelatih akan diberikan projek untuk dibina supaya dapat membina portfolio bagi memudahkan carian kerja.

Penjelasan tentang Program Android Native

Teknologi Android Native adalah teknologi pembangunan aplikasi mobil yang diperkenalkan oleh Google. Bahasa pengaturcaraan Kotlin diperkenalkan sebagai bahasa pengaturcaraan untuk membina aplikasi Android, lebih mudah dan ringkas. Ia adalah salah satu kemahiran yang dicari di syarikat, terutamanya untuk syarikat-syarikat besar.

Laravel adalah teknologi pembangunan web dan sistem yang digunapakai oleh kebanyakan syarikat di Malaysia dan di dunia. Dengan menggunakan Laravel, pembangun dan syarikat dapat membangunkan backend untuk menyimpan data-data berkenaan dengan laman web.

Objektif pembelajaran

Di akhir pempelajaran, para pelatih dapat mempelajari dan menguasai kemahiran membina aplikasi mudah alih (mobil) yang mempunyai permintaan yang tinggi menggunakan teknologi terbaru (Flutter).

Kursus dilakukan secara konsep membina portfolio dan projek bagi mewujudkan peluang pekerjaan supaya lebih relevan dengan suasana di tempat kerja, atau boleh diterima di pasaran kerja terbuka, atau membina bisnes (freelance)

Kandungan Kursus

Pembangunan Aplikasi Mobile nenggunakan Android Native (Kotlin)

Pengenalan kepada pembangunan aplikasi mobil, kitar hidup pembangunan aplikasi, perbezaan aplikasi natif dan hybrid.

Pengenalan kepada Android, kelebihan Natif berbanding Hybrid dan penyediaan IDE dan emulator.

Pengenalan kepada bahasa pengartucaraan Kotlin, asas-asas bahasa Kotlin, struktur data dan Pembangunan Berasaskan Objek.

 Mengenal elemen elemen pembinaan aplikasi Android, element untuk posisi, elemen interaktif dan stail menggunakan XML dan Kotlin.

Memahami strategi navigasi sesebuah aplikasi seperti Tab, Navigation Drawer dan Menu.

Pembinaan API (Application Programming Interface) menggunakan Laravel, membina struktur pangkalan data (database) dan penyediaan API .

Membina fungsi berhubung dengan pangkalan data (API) menggunakan http. Menjalankan operasi CRUD (Create, Read, Update, Delete) menggunakan fungsi API. 

Pembinaan aplikasi yang dihubungkan dengan fitur-fitur di dalam telefon seperti Map, Geolocation, kamera, In app browser dan sebagainya,

Teknik-teknik untuk pengurusan data dan session di dalam Android menggunakan rekomendasi dari Android, iaitu Android Architecture Component.

Membina aplikasi berasaskan pangkalan data Firebase, memahami fungsi Firebase Database dan Firebase Authentication, membina aplikasi mudah menggunakan Firebase.

Memahami mengenai penerbitan aplikasi di App Store dan Google Play, proses pembinaan akaun penerbit dan muat naik aplikasi ke Google Play.

Mudah difahami dan kami bersedia untuk mengambil peperiksaan Android Certified Developer dari Google selepas kursus

Raffie, MRT Corporation

HUBUNGI KAMI UNTUK MAKLUMAN LANJUT TENTANG KURSUS KAMI

  • Pemahaman lebih lanjut haluan karir anda
  • Periksa syarat kelayakan anda
  • Dapatkan akses eksklusif bengkel dan kelas kami
×

Hello!

Pilih wakil kami dibawah untuk berbual melalui Whatsapp atau email kami di [email protected]
× Boleh kami bantu anda?