Mula dengan Nuxt.js
Pengenalan
Nuxt.js ialah rangka kerja universal untuk mencipta aplikasi Vue.js. Ia memfokuskan pada aspek Rendering UI pembangunan sambil mengabstrakkan pengedaran "client" atau "server". Ia memudahkan pembangunan aplikasi Vue universal atau halaman tunggal.
Ciri-ciri Nuxt.js
• Pemisahan Kod Automatik
• Vue Powered
• Rendering Fail Statik
• Penggantian "Hot Module"
• Pra-pemproses: Sass, Stylus, Less
• Rendering "Server-Side"
• Sokongan HTTP/2
Prasyarat bagi Nuxt.js
node.js - Kami mencadangkan anda memasang versi LTS terkini.
editor teks - Kami mencadangkan VS Code.
terminal - Kami mencadangkan untuk menggunakan terminal bersepadu VS Code.
Kaedah Pertama: Guna create-nuxt-app
Bina satu projek
npx create-nuxt-app <project-name>
Navigasi dan lancarkan ke folder projek
cd <project-name>
npm run dev
Tambahkan kandungan berikut dalam fail index.vue
Lancarkan projek melalui http://localhost:3000
Kaedah Kedua: Pemasangan Manual
Sediakan projek anda
mkdir <project-name>
cd <project-name>
Bina satu fail package.json
touch package.json
Isi kandungan fail package.json
Pasangkan Nuxt
npm install nuxt
Bina satu folder “pages”
mkdir pages
Bina fail index.vue
touch pages/index.vue
Tambahkan kandungan berikut dalam fail index.vue
Lancarkan projek
npm run dev