mobile application with flutter training

Pembangunan aplikasi menggunakan flutter
(HRDF claimable)

Mobile Application (Flutter) & Backend Development (Laravel) adalah kursus untuk menghasilkan aplikasi mudah alih menggunakan teknologi terkini (Flutter), salah satu contoh yang diperlukan di pasaran. 

Kursus akan dijalankan secara berasaskan projek di mana pelatih-pelatih akan diberikan projek untuk dibina supaya dapat membina portfolio supaya lebih dekat dengan senario di tempat kerja.

Tentang Flutter & Laravel

Flutter adalah teknologi pembangunan aplikasi mobil yang diperkenalkan oleh Google. Ia membolehkan para pembangun dan syarikat melakukan pembangunan aplikasi mobil secara “Crossplatform”  di mana aplikasi dapat dibangunkan untuk iOS dan Android merupakan satu kod sahaja. 

Laravel adalah teknologi pembangunan web dan sistem yang digunapakai oleh kebanyakan syarikat di Malaysia dan di dunia. Dengan menggunakan Laravel, pembangun dan syarikat dapat membangunkan backend untuk menyimpan data-data berkenaan dengan laman web.

Objektif pembelajaran

Di akhir pembelajaran, para pelatih dapat mempelajari dan menguasai kemahiran membina aplikasi mudah alih (mobil) yang mempunyai permintaan yang tinggi menggunakan teknologi terbaru (Flutter).

 Kursus dilakukan secara konsep membina portfolio dan projek bagi mewujudkan peluang pekerjaan supaya lebih relevan dengan suasana di tempat kerja, atau boleh diterima di pasaran kerja terbuka, atau membina bisnes (freelance)

Kandungan Kursus

Pembangunan Aplikasi Mobil menggunakan Flutter

Pengenalan kepada pembangunan aplikasi mobil, kitar hidup pembangunan aplikasi, perbezaan aplikasi natif dan hybrid.

Pengenalan kepada Flutter, kelebihan Flutter berbanding Framework lain, siapa yang gunakan Flutter dan persediaan pembangunan Flutter.

Mengenal elemen elemen pembinaan aplikasi Flutter, element untuk posisi, elemen interaktif dan stail menggunakan Flutter.

Pembinaan API (Application Programming Interface) menggunakan Laravel, membina struktur pangkalan data (database) dan penyediaan API .

Membina fungsi berhubung dengan pangkalan data (API) menggunakan http. Menjalankan operasi CRUD (Create, Read, Update, Delete) menggunakan fungsi API. 

Pembinaan aplikasi yang dihubungkan dengan fitur-fitur di dalam telefon seperti Map, Geolocation, kamera, In app browser dan sebagainya,

Teknik-teknik untuk pengurusan data dan session di dalam Flutter (Provider)

Membina aplikasi berasaskan pangkalan data Firebase, memahami fungsi Firebase Database dan Firebase Authentication, membina aplikasi mudah menggunakan Firebase.

Memahami mengenai penerbitan aplikasi di App Store dan Google Play, proses pembinaan akaun penerbit dan muat naik aplikasi ke Google Play.

Kelas yang mudah difahami, dalam masa 10 hari kami membina 6 aplikasi yang hampir serupa dengan "Real World" application.

Puan Maslita , UTeM

HUBUNGI KAMI UNTUK MAKLUMAN LANJUT TENTANG KURSUS KAMI

  • Pemahaman lebih lanjut haluan karir anda
  • Periksa syarat kelayakan anda
  • Dapatkan akses eksklusif bengkel dan kelas kami
×

Hello!

Pilih wakil kami dibawah untuk berbual melalui Whatsapp atau email kami di [email protected]
× Boleh kami bantu anda?